Perihal Diari Kesayanganku

Diari Kesayanganku (My Cherished Diary) merupakan sistem berasaskan web (web-based system) dibangunkan setelah mendapat maklum balas daripada pihak ibubapa dan guru yang menyatakan keperluan terhadap satu platform khusus dalam memantau perkembangan anak-anak terutamanya anak-anak istimewa.

Sistem ini dibangunkan bertujuan menyediakan platform yang sistematik untuk pihak sekolah, guru dan ibubapa atau penjaga agar boleh mencatat, menyimpan data dan gambar berkaitan perkembangan diri anak-anak samada di sekolah dan di rumah. Sistem ini dibentuk secara holistik iaitu penggunaannya diintegrasikan di antara guru-guru di sekolah dan ibubapa atau penjaga di rumah supaya pemantauan perkembangan anak-anak pelajar lebih menyeluruh dan berkesan.


Terdapat empat (4) peranan utama Diari Kesayanganku dibangunkan iaitu membantu guru, ibubapa dan penjaga :

  • Membuat catatan harian untuk anak-anak bukan saja ketika berada di sekolah tetapi juga di rumah.
  • Menyimpan gambar berkaitan aktiviti anak-anak sebagai memori indah melihat anak-anak membesar.
  • Memperoleh laporan berkaitan progress perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan.
  • Mewujudkan hubungan kerjasama untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak sekaligus merealisasikan apa yang dinyatakan sebagai ‘kebahagiaan bermula di sini’.


Diari Kesayanganku dicipta dan dibangunkan oleh:

# Nama Peranan
1 Dr. Noor Fadzlina Mohd Fadhil Pencipta karya
2 Muhammad Kamal Arif Bin Razali Pengaturcara Sistem
3 Ahmad Aiman Bin Shallahuddin Jurutera Rangkaian
4 Mohammad Hariz Bin Hasni Jurutera Pengkalan Data
Kembali Ke Log Masuk